Tips Menceburi Diri Dalam Bidang Astronomi

Assalammualaikum,kali ini saya akan mengongsikan tips untuk anda yang ingin menceburi diri dalam astronomi berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini. :P

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam astronomi saya galakkan anda supaya melayari laman web astronomi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat ataupun menyertai bengkel astronomi yang diadakan di tempat anda. Jika anda ingin mencerap,saya cadangkan supaya anda membeli binokular terlebih dahulu sebelum membeli teleskop. 
Nak tahu kenapa beli binokular?
 Sebabnya ialah untuk anda mengenal objek angkasa sebelum menggunakan teleskop. Lagipun binokular lagi mudah digunakan daripada teleskop harganya juga tidak terlalu mahal . Pandangan binokular juga lebih luas daripada teleskop dan memudahkan kita untuk mencari atau mengenal pasti objek angkasa. 

Laman Web Astronomi
• Falak Online (Berpusat di Malaysia)
Astromas (Kumpulan Peminat Astronomi  Amatur Malaysia)
Astronomi Forum.Net (Meliputi seluruh dunia)



Binokular jenis 50 x 7 paling sesuai digunakan untuk mencerap objek langit
Anda juga boleh menggunakan aplikasi Stellarium atau Google Skymap untuk mengenal pasti objek angkasa.

Kalau anda ingin melangkah ke tahap yang seterusnya iaitu membeli teleskop, saya galakkan anda untuk membeli teleskop manual yang mudah digunakan,lebih murah dan tidak mudah rosak. Selain itu anda juga boleh merujuk laman web yang mencadangkan teleskop yang terbaik.(Jenis Teleskop Astronomi)

Jika anda ingin menangkap gambar cerapan anda, saya cadangkan anda membeli kamera DSLR atau CCD( Pastikan anda mempunyai komputer riba). Jika tidak mampu saya cadangkan anda membeli kamera digital biasa. Jika tidak mampu juga saya cadangkan anda menggunakan kamera telefon atau lukis objek cerapan.(Cara menangkap gambar cerapan)

Teleskop Celestron Astromaster 130EQ  sesuai digunakan untuk anda yang baru menceburi diri dalam astronomi. Teleskop ini juga sesuai untuk astrophotograpy
Paul Hill yang merupakan ahli astronomi amatur di London UK melukis hasil cerapannya


Anda juga perlu bersabar supaya minat anda berkekalan dan memuaskan hati anda.
Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat untuk anda.

__________________________________________
Ikuti halaman Facebook AstroFalak

Posted by YusrieMD | di 3:10 PTG | 0 ulasan