Semenanjung Malaysia
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana,
dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah
ufuk)
5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan
(Bulan di bawah ufuk)
6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang
melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa
Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Sabah & Sarawak
Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih
awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda
berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.
4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah
ufuk)
5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan
(Bulan di bawah ufuk)
6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Posted by YusrieMD
|
di
3:02 PG
|
Light Pillar
adalah satu fenomena visual yang terjadi oleh pantulan cahaya dari kristal ais dengan berhampiran
mendatarpermukaan satah selari. Cahaya boleh datang daripada matahari(biasanya pada atau rendah untuk cakrawala) dalam fonomena yang dipanggil cahaya matahari atau cahaya solar. Ia juga boleh datang dari Bulan atau dari sumber daratan seperti lampu jalan.
Light Pillar
adalah sejenis fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais yang terdapat di dalam atmosfera Bumi. Mereka juga dikenali sebagai fenomena "crystal beam".
Light Pillar
kelihatan seperti ruangan nipis yang memanjang dan menegak di atas atau di bawah sumber cahaya. Tunggakcahaya adalah jelas kelihatan apabila matahari rendah atau terletak di bawah kaki langit. Ia biasanya membentuk arka yang memanjangkan dari lima kepada sepuluh darjah di luar cakerasolar. Light Pillar
boleh kadang-kadang juga dilihat timbul daripada Bulan.
Light Pillar
dibentuk oleh pantulan dari kristal ais dengan wajah kasar melintang.
Light Pillar
Selalu dianggap sebagai UFO seperti banyak yang dilaporkan. Niagara Falls adalah salah satu kawasan itu, di mana kabus dari Niagara Falls menyebabkan fenomena itu kerap hadir semasa musim sejuk, di mana kristal ais berinteraksi terhadap lampu jalan yang banyak di bandar telah mewujudkan Light Pillar
menonjol.
Light Pillar
juga boleh dibentuk oleh sumber cahaya buatan manusia, seperti lampu jalan.
|
Penampang Sabah Malaysia
3 September 2014(Rabu)
9.20pm |
Posted by YusrieMD
|
di
10:09 PG
|
HUJAN METEOR AKAN BERLAKU PADA 28-29 JULAI 2014(TENGAH MALAM)
sekarang meteor Delta Equariids sedang mendekati bumi sehinggalah meteor tersebut masuk ke atmosfera pada 28-29 Julan 2014 (tengah malam). Tengah malam pada hari itu di kawasan negara malaysia dan sekitarnya akan dapat melihat jaluran meteor Delta Equariids kira-kira sebanyak 20 meteor yang akan terhasil.
*tips untuk melihat meteor
-pandang langit malam yang cerah pada waktu dan tarikh yang di tentukan.
-digalakkan untuk mencerap di kawasan yang tidak ada pencemaran cahaya
-perhatikan langit...insyaAllah meteor(tahi bintang) akan dapat anda lihat
*peralatan
-mata kasar
-binokular (tidak digalakkan)
-teleskop tidak sesuai digunakan.
*info mengenai meteor
-Meteor adalah jalur jatuh
meteoroid ke atmosfera bumi ,
lazim disebut sebagai tahi
bintang. Jaluran tersebut
disebabkan oleh kepanasan yang
dihasilkan oleh tekanan (bukan
oleh geseran, sebagaimana
anggapan umum sebelum ini)
ketika meteoroid memasuki
atmosfera. Meteor yang sangat
terang, lebih terang dari pada
penampakan Zuhrah , dapat
disebut sebagai bolide.
Jika suatu meteoroid tidak habis
terbakar dalam perjalanannya di
atmosfera dan mencapai
permukaan bumi, benda yang
dihasilkan disebut meteorit .
Meteor yang menghentam bumi
atau objek lain dapat membentuk
kawah.
Selamat Hari Raya.
Posted by YusrieMD
|
di
5:28 PTG
|