Hujan Meteor Geminids Pada 13-14 Desember 2015!

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan selamat pagi,malam,tengahari,petang ,malam sejahtera.

Maaf ye, dah lama saya tak menulis :P fokus dengan PT3

  Tahu ke anda pada hari Ahad nanti iaitu 13-14 Desember ada petunjukkan meteor di langit malam? kalau tak tahu kena tahu juga  :P



  Pada 13-14 Desember nanti ada satu juraian meteor yang di panggil sebagai Meteor Geminids yang akan memuncak Ahad ini dan Isnin serta menjadi salah satu yang paling menjanjikan tahun ini dengan kira-kira 120 tahi bintang sejam, InshaAllah fenomena ini tidak terganggu kerana tidak ada cahaya bulan yang boleh mengganggu kecuali cuaca. macam pelik ayat aku tu  :P

Berikut adalah bila dan bagaimana untuk menyaksikan hujan Meteor Geminids

Bintang Castor dan Pollux di Buruj Gemini

  Pertama sekali saya ingin mengoksikan kepada anda tentang nama Meteor "GEMINIDS". Meteor Germinid mendapat nama kerana ia dapat dilihat dari buruj Gemini bintang berkembar Castor dan Pollux. Hujan Meteor Geminid ini juga merupakan salah satu daripada hujan meteor yang terbaik pada tahun ini.Waktu dan tarikh yang paling sesuai ialah menjelang subuh 14 Desember 2015.Anda boleh memulakan cerapan sekitar jam 11PM-4AM (waktu Malaysia).

Saya nak ingatkan bahawa pancuran meteor tidak boleh hanya dilihat dari sudut berseri terutamanya  di buruj Gemini sahaja, tetapi dari mana-mana di seluruh langit, menurut EarthSky.

kedudukan Buruj Gemini pada tengah malam 13 Des
EarthSky mengesyorkan menunggu sekurang-kurangnya satu jam untuk mengesan hujan meteor kerana ia mengambil mata sekurang-kurangnya 20 minit untuk menyesuaikan mata dengan keadaan yang gelap.

Tambahan:BERKENAAN BUMI AKAN BERGELAP PADA BULAN DESEMBER 2015 ADALAH BERITA PALSU! Lebih lanjut

Ramalan cuaca boleh tengok dekat TV atau AccuWeather .Berita terkini tengtang fenomena ini lawatilah laman Facebook AstroFalak.
Selamat menyaksikan Meteor!!

SILA TINGGALKAN KOMEN KALAU ADA PERTANYAAN ATAU NAK CAKAP SESUATU.

Posted by YusrieMD | di 6:22 PG | 0 ulasan

Fenomena Halo??





Halo di Labuan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,Alhamdulillah jerebu sudah semakin berkurang dan langit juga sudah bersih daripada jerebu berikutan hujan turun beterusan dari semalam hingga ke pagi tadi.

  Sebenarnya Pagi tadi,berlaku satu fenomena Halo di langit Labuan yang sangat menarik dan sangat cantik walaupun fenomena ini seringkali terjadi.

   ANDA TAHU APA ITU HALO?????

  Baiklah ,tujuan artikel ini ialah untuk meperkenalkan kepada anda apa itu Halo dan bagaimana Halo terjadi. Halo merupakan lingkaran yang seakan-akan pelangi yang melingkari matahari atau bulan.Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu dan juga pada 28 April 2015 dalam lingkungan pukul 1.30 petang hingga 2.20 petang.

teori sains

    Halo terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
   Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo dari pandangan SM St. Anthony Labuan.

    Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
    Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
sempat Selfie dengan Halo pagi tadi. XD

  Baiklah sampai di sini sahaja. Saya berharap supaya anda tidak panik apabila melihat Halo selepas ini dan silalah tonton video Hola di bawah. Tidak lama lagi Hari Raya AidilAdha akan menjelang, Oleh itu saya mengucapkan SelamatHari Raya AidilAdha dan jangan lupa doakan saudara-saudara kita supaya selamat menunaikan ibadah haji. :) -Wassalam



Sumber Rujukan:Wikipedia

Posted by YusrieMD | di 2:33 PG | 4 ulasan

Marikh Sebesar Bulan Pada 27 Ogos 2015!??



 Asslammualaikum ,Selamat Hari Raya Aidilfitri (eh..raya dah habis la XD)dan salam sehati sejiwa :).

  Ramai yang bertanya kepada saya mengenai planet Marikh yang akan menjadi sebesar Bulan dan ramai juga saya terjumpa berita mengenai Marikh sebesar bulan disebarkan oleh individu tertentu. diantarnya ialah:-




   Sebenarnya perkara ni pernah disebarkan pada tahun lepas dan beberapa tahun dahulu.

Dibawah merupakan informasi palsu yang disebarkan pada tahun lepas:-
On 27th August 2014 there will be two moon. The whole world is waitingfor it. On this day Mars will be very bright and like moon everyonecan see it with naked eyes. This day it will be 34.65 M Miles awayfrom earth.
On this day do not forget to see this at 12.30 night. Because you willsee two moons in the sky. This event will happen again in the year2287.
Please share this with all. Because those who are living now cannotsee it second time in the year 2287.

ini versi bahasa melayu
BINTANG MARIKHPada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi.Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287.Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287
   Baiklah, kita sambung kembali mengenai Marikh yang akan menjadi sebesar bulan BENAR atau TIDAK.

   Tahukah anda,jarak diantara Marikh dan Bumi berjarak dalam 78.3 juta kilometer? cuba fikirkan bagaimana bagaimana Marikh boleh sebesar Bulan dari Bumi ? kalau fikir logik, memang tak logik langsung perkara tu melainkan Marikh mendekati(istiqbal) bumi . tapi jika istiqbal sekali pun , Marikh tetap tidak sebesar bulan kerana kedudukannya masih tidak terlampau dekat .
kedudukan istiqbal














  Sewaktu istiqbal, Marikh tetap kecil dari pandangan mata kasar (kecuali melalui teleskop). Kalau Marikh mendekati bumi dengan jarak yang sama dengan jarak bulan dari bumi sekalipun, Marikh akan kelihatan lebih besar dari bulan dan teramatlah besar dan akan mengalahkan besar bulan.
LUAS PERMUKAA MARIKH:
Luas permukaan1.448×108 km²)
55,907,000 square miles (144 798 465 square kilometers)
(0.284 Earths)
 LUAS PERMUKAAN BULAN :
Luas permukaan3.793 × 107 km2  (0.074 Bumi)

  Ini adalah bukti terakhir mengenai Marikh sebesar bulan pada 27 Ogos 2015 adalah berita PALSU!
Mari kita lihat Keadaan Bulan semasa tarikh 27 Ogos 2015 melalui Stellarium Mobile.
Tiada Marikh berdekatan bulan beberapa jam sebelum 12.30am

Masih tiada Marikh,tetapi kedudukan bulan semakin rendah.

Waktu subuh pun masih tiada apa yang berlaku ,cuma bulan sudah semakin menghilang dari langit
Konklusinya,berita mengenai Marikh sebesar bulan adalah berita PALSU!! Saya berharap kepada anda yang suka menyebar berita untuk  mengkaji terlebih dahului sebelum menyebarkan berita yang tidak diketahu kesahihannya. :)

SILA KOMEN JIKA ADA SOALAN ATAUPUN KESALAHAN DALAM ARTIKEL INI.

Posted by YusrieMD | di 8:36 PG | 0 ulasan

Bintang Sirius




   Sirius ialah bintang tercerah di langit malam yang mempunyai magnitud penglihatan sebanyi −1.46. Bintang ini juga hampir dua kali ganda secerah Canopus(bintang tercerah seterusnya). Sirius sebenarnya merupakan sistem bintang dedua , terdiri daripada bintang jujukan utama jenis spektrum A1V beristilahkan
Sirius A dan teman kerdil putih kelam jenis spektrum DA2, dipms.wikipedia.org/wiki/Siriusanggil Sirius B . Jarak yang memisahkan Sirius A daripada temannya.

    pencerap di hemisfera Utara pada antara 30 darjah dan 73 darjah garis lintang (termasuk hampir keseluruhan Eropah dan Amerika Utara) bintang ini merupakan bintang terhampir (selepas Matahari) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sirius secara beransur bergerak semakin hampir dengan Sistem Suria, maka kecerahannya akan meningkat dengan sedikit selama 60,000 tahun seterusnya. Selepas waktu itu jaraknya akan mula merosot, tetapi akan Sirius akan terus menjadi bintang tercerah di langit Bumi selama 210,000 tahun seterusnya.

    Sirius A adalah dua kali ganda lebih besar dari Matahari dan mempunyai magnitud penglihatan mutlak sebanyak 1.42. Sirius A adalah 25 kali lebih berkilau daripada Matahari tetapi mempunyai kekilauan lebih rendah sedikit daripada bintang lain seperti Canopus atau Rigel. Sistem ini berumur antara 200 dengan 300 juta tahun.

    Sirius pada asalnya terdiri daripada dua buah bintang kebiruan cerah. Yang lebih besar, Sirius B, menggunakan sumbernya dan menjadi raksasa merah sebelum meluruhkan lapisan luarnya dan runtuh menjadi keadaan semasanya sebagai kerdil putih pada kira-kira 120 juta tahun lalu. Sirius juga dikenali "Bintang Anjing " kerana Sirius berada di buruj Canis Major.


*Rujukan:ms.wikipedia.org/wiki/Sirius

*Sumber Imejen.m.wikipedia.org/w/index.php?title=Special:ZeroRatedMobileAccess&from=Sirius&to=/wiki/File:Celestia_Sirius

Posted by YusrieMD | di 4:09 PG | 0 ulasan

Gerhana Bulan Penuh Pada 4 April 2015


fasa-fasa gerhana bulan
 Akhirnya tarikh yang di tunggu-tunggu iaitu tarikh gerhana bulan penuh telah pun  hampir tiba.
sebelum itu, adakah anda tahu apa itu gerhana bulan dan bagaimana ia tejadi?

bagi yang tidak tahu sila baca fakta ini.

gerhana bulan

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

   Baiklah mari kita sambung mengenai gerhana 4 April  2015.
Negara-negara yang akan dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 4 April 2015.Sumber
  sebahagian besar Afrika dan benua Amerika akan dapat menyaksikan gerhana ini.

kiraan waktu bagi beberapa buah bandar.

FASA GERHANA
WAKTU
KUALA LUMPUR
KUCHING
LABUAN
SANDAKAN
P1:Mula Fasa Penumbra
5:01 pm
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
U1:Mula Fasa Umbra 
6:15 pm
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
U2:Fasa Gerhana Penuh bermula
7:57 pm
BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
 BOLEH DILIHAT
Fasa Maksimum Gerhana Penuh
8:00 pm
BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
U3: Fasa Gerhana Penuh tamat
8:02 pm
BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
BOLEH DILIHAT 
BOLEH DILIHAT 
U4: Tamat Fasa Umbra
9:44 pm
BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
P4: Tamat Fasa Penumbra

10:58pm
BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT





























   Berdasaarkan kiraan waktu tersebut, semenanjung Malaysia tidak akan dapat melihat fasa-fasa awal gerhana bulan dan timur sabah pula hampir dapat melihat kesemua fasa-fasa gerhana. gerhana kali ini juga mengambil masa amat singkat . Masa fasa gerhana bulan penuh hanya dalam lima minit sahaja.
jadi gunakanlah peluang yang ada ini sebaik-baiknya.


gerhana bulan penuh melalui Stellarium Mobile
 Jika dilihat permukaan bulan semasa gerhana nanti, bahagian utara bulan akan kelihatan lebih cerah manakala lebih gelap di bahagian selatan bulan..
samapai di sini sahaja!!
Selamat mencerap gerhana bulan penuh :)

Assalammualaikum.,
________________________________________________________________________

Lihat gambar terkini gerhana bulan penuh(4 april 2015) di Facebook AstroFalak

Posted by YusrieMD | di 8:22 PG | 0 ulasan

Tips Menceburi Diri Dalam Bidang Astronomi

Assalammualaikum,kali ini saya akan mengongsikan tips untuk anda yang ingin menceburi diri dalam astronomi berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini. :P

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam astronomi saya galakkan anda supaya melayari laman web astronomi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat ataupun menyertai bengkel astronomi yang diadakan di tempat anda. Jika anda ingin mencerap,saya cadangkan supaya anda membeli binokular terlebih dahulu sebelum membeli teleskop. 
Nak tahu kenapa beli binokular?
 Sebabnya ialah untuk anda mengenal objek angkasa sebelum menggunakan teleskop. Lagipun binokular lagi mudah digunakan daripada teleskop harganya juga tidak terlalu mahal . Pandangan binokular juga lebih luas daripada teleskop dan memudahkan kita untuk mencari atau mengenal pasti objek angkasa. 

Laman Web Astronomi
• Falak Online (Berpusat di Malaysia)
Astromas (Kumpulan Peminat Astronomi  Amatur Malaysia)
Astronomi Forum.Net (Meliputi seluruh dunia)



Binokular jenis 50 x 7 paling sesuai digunakan untuk mencerap objek langit
Anda juga boleh menggunakan aplikasi Stellarium atau Google Skymap untuk mengenal pasti objek angkasa.

Kalau anda ingin melangkah ke tahap yang seterusnya iaitu membeli teleskop, saya galakkan anda untuk membeli teleskop manual yang mudah digunakan,lebih murah dan tidak mudah rosak. Selain itu anda juga boleh merujuk laman web yang mencadangkan teleskop yang terbaik.(Jenis Teleskop Astronomi)

Jika anda ingin menangkap gambar cerapan anda, saya cadangkan anda membeli kamera DSLR atau CCD( Pastikan anda mempunyai komputer riba). Jika tidak mampu saya cadangkan anda membeli kamera digital biasa. Jika tidak mampu juga saya cadangkan anda menggunakan kamera telefon atau lukis objek cerapan.(Cara menangkap gambar cerapan)

Teleskop Celestron Astromaster 130EQ  sesuai digunakan untuk anda yang baru menceburi diri dalam astronomi. Teleskop ini juga sesuai untuk astrophotograpy
Paul Hill yang merupakan ahli astronomi amatur di London UK melukis hasil cerapannya


Anda juga perlu bersabar supaya minat anda berkekalan dan memuaskan hati anda.
Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat untuk anda.

__________________________________________
Ikuti halaman Facebook AstroFalak

Posted by YusrieMD | di 3:10 PTG | 0 ulasan