Gerhana Bulan Penuh Pada 4 April 2015


fasa-fasa gerhana bulan
 Akhirnya tarikh yang di tunggu-tunggu iaitu tarikh gerhana bulan penuh telah pun  hampir tiba.
sebelum itu, adakah anda tahu apa itu gerhana bulan dan bagaimana ia tejadi?

bagi yang tidak tahu sila baca fakta ini.

gerhana bulan

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

   Baiklah mari kita sambung mengenai gerhana 4 April  2015.
Negara-negara yang akan dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 4 April 2015.Sumber
  sebahagian besar Afrika dan benua Amerika akan dapat menyaksikan gerhana ini.

kiraan waktu bagi beberapa buah bandar.

FASA GERHANA
WAKTU
KUALA LUMPUR
KUCHING
LABUAN
SANDAKAN
P1:Mula Fasa Penumbra
5:01 pm
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
U1:Mula Fasa Umbra 
6:15 pm
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
U2:Fasa Gerhana Penuh bermula
7:57 pm
BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
 BOLEH DILIHAT
Fasa Maksimum Gerhana Penuh
8:00 pm
BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
U3: Fasa Gerhana Penuh tamat
8:02 pm
BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
BOLEH DILIHAT 
BOLEH DILIHAT 
U4: Tamat Fasa Umbra
9:44 pm
BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
P4: Tamat Fasa Penumbra

10:58pm
BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT
 BOLEH DILIHAT





























   Berdasaarkan kiraan waktu tersebut, semenanjung Malaysia tidak akan dapat melihat fasa-fasa awal gerhana bulan dan timur sabah pula hampir dapat melihat kesemua fasa-fasa gerhana. gerhana kali ini juga mengambil masa amat singkat . Masa fasa gerhana bulan penuh hanya dalam lima minit sahaja.
jadi gunakanlah peluang yang ada ini sebaik-baiknya.


gerhana bulan penuh melalui Stellarium Mobile
 Jika dilihat permukaan bulan semasa gerhana nanti, bahagian utara bulan akan kelihatan lebih cerah manakala lebih gelap di bahagian selatan bulan..
samapai di sini sahaja!!
Selamat mencerap gerhana bulan penuh :)

Assalammualaikum.,
________________________________________________________________________

Lihat gambar terkini gerhana bulan penuh(4 april 2015) di Facebook AstroFalak

Posted by YusrieMD | di 8:22 PG | 0 ulasan