Marikh Sebesar Bulan Pada 27 Ogos 2015!??



 Asslammualaikum ,Selamat Hari Raya Aidilfitri (eh..raya dah habis la XD)dan salam sehati sejiwa :).

  Ramai yang bertanya kepada saya mengenai planet Marikh yang akan menjadi sebesar Bulan dan ramai juga saya terjumpa berita mengenai Marikh sebesar bulan disebarkan oleh individu tertentu. diantarnya ialah:-




   Sebenarnya perkara ni pernah disebarkan pada tahun lepas dan beberapa tahun dahulu.

Dibawah merupakan informasi palsu yang disebarkan pada tahun lepas:-
On 27th August 2014 there will be two moon. The whole world is waitingfor it. On this day Mars will be very bright and like moon everyonecan see it with naked eyes. This day it will be 34.65 M Miles awayfrom earth.
On this day do not forget to see this at 12.30 night. Because you willsee two moons in the sky. This event will happen again in the year2287.
Please share this with all. Because those who are living now cannotsee it second time in the year 2287.

ini versi bahasa melayu
BINTANG MARIKHPada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi.Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287.Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287
   Baiklah, kita sambung kembali mengenai Marikh yang akan menjadi sebesar bulan BENAR atau TIDAK.

   Tahukah anda,jarak diantara Marikh dan Bumi berjarak dalam 78.3 juta kilometer? cuba fikirkan bagaimana bagaimana Marikh boleh sebesar Bulan dari Bumi ? kalau fikir logik, memang tak logik langsung perkara tu melainkan Marikh mendekati(istiqbal) bumi . tapi jika istiqbal sekali pun , Marikh tetap tidak sebesar bulan kerana kedudukannya masih tidak terlampau dekat .
kedudukan istiqbal














  Sewaktu istiqbal, Marikh tetap kecil dari pandangan mata kasar (kecuali melalui teleskop). Kalau Marikh mendekati bumi dengan jarak yang sama dengan jarak bulan dari bumi sekalipun, Marikh akan kelihatan lebih besar dari bulan dan teramatlah besar dan akan mengalahkan besar bulan.
LUAS PERMUKAA MARIKH:
Luas permukaan1.448×108 km²)
55,907,000 square miles (144 798 465 square kilometers)
(0.284 Earths)
 LUAS PERMUKAAN BULAN :
Luas permukaan3.793 × 107 km2  (0.074 Bumi)

  Ini adalah bukti terakhir mengenai Marikh sebesar bulan pada 27 Ogos 2015 adalah berita PALSU!
Mari kita lihat Keadaan Bulan semasa tarikh 27 Ogos 2015 melalui Stellarium Mobile.
Tiada Marikh berdekatan bulan beberapa jam sebelum 12.30am

Masih tiada Marikh,tetapi kedudukan bulan semakin rendah.

Waktu subuh pun masih tiada apa yang berlaku ,cuma bulan sudah semakin menghilang dari langit
Konklusinya,berita mengenai Marikh sebesar bulan adalah berita PALSU!! Saya berharap kepada anda yang suka menyebar berita untuk  mengkaji terlebih dahului sebelum menyebarkan berita yang tidak diketahu kesahihannya. :)

SILA KOMEN JIKA ADA SOALAN ATAUPUN KESALAHAN DALAM ARTIKEL INI.

Posted by YusrieMD | di 8:36 PG | 0 ulasan