Hujan Meteor Geminids Pada 13-14 Desember 2015!

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan selamat pagi,malam,tengahari,petang ,malam sejahtera.

Maaf ye, dah lama saya tak menulis :P fokus dengan PT3

  Tahu ke anda pada hari Ahad nanti iaitu 13-14 Desember ada petunjukkan meteor di langit malam? kalau tak tahu kena tahu juga  :P



  Pada 13-14 Desember nanti ada satu juraian meteor yang di panggil sebagai Meteor Geminids yang akan memuncak Ahad ini dan Isnin serta menjadi salah satu yang paling menjanjikan tahun ini dengan kira-kira 120 tahi bintang sejam, InshaAllah fenomena ini tidak terganggu kerana tidak ada cahaya bulan yang boleh mengganggu kecuali cuaca. macam pelik ayat aku tu  :P

Berikut adalah bila dan bagaimana untuk menyaksikan hujan Meteor Geminids

Bintang Castor dan Pollux di Buruj Gemini

  Pertama sekali saya ingin mengoksikan kepada anda tentang nama Meteor "GEMINIDS". Meteor Germinid mendapat nama kerana ia dapat dilihat dari buruj Gemini bintang berkembar Castor dan Pollux. Hujan Meteor Geminid ini juga merupakan salah satu daripada hujan meteor yang terbaik pada tahun ini.Waktu dan tarikh yang paling sesuai ialah menjelang subuh 14 Desember 2015.Anda boleh memulakan cerapan sekitar jam 11PM-4AM (waktu Malaysia).

Saya nak ingatkan bahawa pancuran meteor tidak boleh hanya dilihat dari sudut berseri terutamanya  di buruj Gemini sahaja, tetapi dari mana-mana di seluruh langit, menurut EarthSky.

kedudukan Buruj Gemini pada tengah malam 13 Des
EarthSky mengesyorkan menunggu sekurang-kurangnya satu jam untuk mengesan hujan meteor kerana ia mengambil mata sekurang-kurangnya 20 minit untuk menyesuaikan mata dengan keadaan yang gelap.

Tambahan:BERKENAAN BUMI AKAN BERGELAP PADA BULAN DESEMBER 2015 ADALAH BERITA PALSU! Lebih lanjut

Ramalan cuaca boleh tengok dekat TV atau AccuWeather .Berita terkini tengtang fenomena ini lawatilah laman Facebook AstroFalak.
Selamat menyaksikan Meteor!!

SILA TINGGALKAN KOMEN KALAU ADA PERTANYAAN ATAU NAK CAKAP SESUATU.

Posted by YusrieMD | di 6:22 PG | 0 ulasan