Gerhana Matahari Separa 6 Mac 2016 (Malaysia)
Gerhana Matahari Separa |
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 9 Mac 2016 yang akan tiba lebih kurang 10 hari lagi, kita di Malaysia akan berpeluang melihat gerhana matahari separa pada pagi 9 Mac nanti dan malangnya saya yang tak dapat tengok sebab 9 Mac nanti saya menduduki ujian :'( . Oleh itu, sesiapa yang ada tangkap gambar atau nak kongsi pengelaman mengenai gerhana mataharI pada 9 Mac nanti bolelah kongsi di Halaman FB AstroFalak atau di Forum AstroFalak. Bagi yang berada di Pelembang Indonesia sangat bertuah kerana berpeluang melihat gerhana matahari penuh.
Bagaimanakah Gerhana Matahari Terjadi?
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.kedudukan Bumi,bulan dan matahari semasa gerhana matahari, Sumber:Wikipedia |
Apa Itu Gerhana Separa?
Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa. Fenomenon ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi.Gerhana separa kali ini akan berlaku selepas matahari selesai daripada terbit. Oleh itu anda boleh bersedia sebelum jam 7 pagi.:)
JADUAL GERHANAMATAHARI SEPARA DI MALAYSIA.
LOKASI
|
WAKTU(UTC+08:00:00)
|
KEADAAN GERHANA MAKSIMUM (%)
|
KANGAR,KUAH
|
0825
|
67
|
ALOR SETAR
|
0825
|
68
|
GEORGETOWN
|
0825
|
70
|
IPOH
|
0824
|
72
|
KUALA LUMPUR/SHAH ALAM
|
0824
|
79
|
PUTRAJAYA
|
0824
|
80
|
SEREMBAN
|
0824
|
81
|
MELAKA
|
0823
|
82
|
JOHOR BHARU
|
0824
|
84
|
KUANTAN
|
0825
|
77
|
KUALA TERENGGANU
|
0826
|
71
|
KOTA BHARU
|
0826
|
68
|
KUCHING
|
0829
|
87
|
SIBU
|
0831
|
85
|
BINTULU
|
0833
|
81
|
MIRI
|
0836
|
79
|
LABUAN
|
0838
|
76
|
KOTA KINABALU
|
0840
|
73
|
SANDAKAN
|
0842
|
75
|
TAWAU
|
0841
|
81
|
Dapatkan berita terkini mengenai gerhana matahari di halaman Facebook AstroFalak.
Bagaimanakah Untuk Melihat Gerhana Separa?
Melihat Matahari semasa gerhana separa dan anulus (dan semasa gerhana di luar tempoh kepenuhan yang singkat) memerlukan perlindungan mata khas, atau kaedah tontonan tidak langsung, jika ingin mengelakkan kerosakan mata. Cakera Matahari boleh dilihat dengan menggunakan penapisan sesuai untuk menyekat bahagian sinaran Matahari yang berbahaya. Cermin mata hitam tidak menjadikan melihat matahari selamat. Hanya penuras suria yang direka bentuk dan disahkan boleh digunakan untuk tatapan langsung cakera Matahari. Terutamanya, penuras buatan sendiri menggunakan objek biasa seperti yang cakera liut dikeluarkan daripada bekasnya, cakera padat, filem slaid warna hitam, dan lain-lainnya mesti dielakkan walau apapun yang mungkin telah dikatakan dalam media.
Kaca mata gerhana matahari |
Cara yang paling selamat untuk melihat cakera Matahari adalah dengan unjuran tidak langsung. Ini boleh dilakukan dengan memancarkan imej cakera pada sekeping kertas putih atau kad menggunakan sepasang binokular (dengan salah satu daripada kanta dilindungi), teleskop, atau sekeping kadbod dengan lubang kecil padanya (kira-kira 1 mm diameter), sering dipanggil kamera lubang jarum. Imej unjuran Matahari kemudian boleh dengan dilihat selamat; teknik ini boleh digunakan untuk melihat tompok matahari, dan juga gerhana. Perhatian perlu diambil, bagaimanapun, untuk memastikan bahawa tidak ada yang melihat terus melalui projektor (teleskop, lubang jarum, dll). Melihat cakera Matahari pada skrin paparan video (yang disediakan oleh video kamera atau kamera digital) juga selamat, walaupun kamera itu sendiri boleh rosak akibat pendedahan langsung kepada Matahari. Pencari pandangan optik disediakan dengan beberapa kamera video dan digital tidak selamat.
Kaedah unjuran lubang jarum untuk memerhati Gerhana Matahari separa |
Dalam laluan gerhana separa, kita tidak akan dapat melihat korona atau langit hampir gelap sepenuhnya, namun, bergantung kepada berapa banyak cakera matahari terlindung, sedikit penggelapan boleh dikesan. Jika dua pertiga atau lebih daripada matahari terlindung, maka kesan yang dapat diperhatikan adalah di mana siang itu kelihatan samar-samar, seolah-olah langit mendung, tetapi objek masih membentuk bayang-bayang yang tajam.
Adalah selamat untuk memerhatikan keseluruhan fasa gerhana matahari secara terus dengan mata kasar, binokular atau teleskop, hanya apabila fotosfera Matahari benar-benar dilindungi seluruhnya oleh Bulan. Dalam tempoh ini, matahari adalah terlalu malap untuk dilihat melalui penuras. Korona malap Matahari akan dapat dilihat, dan kromosfera, semarak suria, dan mungkin juga suar suria boleh dilihat. Walau bagaimanapun, melihat Matahari selepas kepenuhan boleh membahayakan.
yang kerja kimpalan tu boleh guna ini... hahaha |
Bagaimana Nak Ambil Gambar Gerhana Matahari ?
Mengambil gambar gerhana boleh dilakukan dengan peralatan kamera yang agak biasa. Bagi membolehkan cakera matahari/bulan boleh dilihat dengan mudah, pembesaran kanta telefoto yang agak tinggi (70–200 mm untuk kamera 35 mm), dan untuk cakera untuk mengisi kebanyakan bingkai, kanta yang lebih panjang diperlukan (lebih 500 mm). Seperti melihat matahari secara langsung, melihat melalui pemidang tilik kamera boleh menghasilkan kerosakan pada retina, jadi dinasihatkan berwaspada.
Gerhana pada Pandangan Islam
Matahari dan bulan merupakan dua makhluk Allah SWT yang sangat akrab dalam pandangan. Peredaran dan silih bergantinya yang sangat teratur merupakan ketetapan aturan Penguasa Jagad Semesta ini. Allah SWT berfirman (yang artinya):”Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.” (Ar-Rahman : 5)
Maka semua yang menakjubkan dan luar biasa pada matahari dan bulan menunjukkan akan keagungan dan kebesaran serta kesempurnaan Penciptanya. Oleh karena itu, Allah SWT membantah fenomena penyembahan terhadap matahari dan bulan. Allah SWT berfirman:
”Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kaliann sujud (menyembah) matahari maupun bulan, tapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika memang kalian beribadah hanya kepada-Nya.”(Fushshilat: 37)
Wassalam...
rujukan:
Wikipedia
FalakOnline
http://bimasislam.kemenag.go.id/post/opini/tuntunan-islam-tentang-gerhana
SILA TINGGALKAN KOMEN ... KALAU TAK NAK TIDAK APA :p
0 ulasan:
Catat Ulasan